The Speedy Jantan

Khairul Hafiz bin Jantan lahir  pada 22 Julai 1998 adalah seorang pelari Malaysia,
 beliau  bersaing dalam acara antara 100 meter hingga 200 meter. Beliau adalah 
pemegang rekod 100 meter di Malaysia pada saat ini dengan masa 10.18 saat dan
 memecahkan  rekod  yang  berusia 18 tahun yang dipegang oleh Watson Nyambek 
 yang merupakan rekod pemuda dunia baru hingga 31 Mac 2017. Selain itu, beliau
 juga memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter pada Kejohanan Olahraga 
Terbuka Malaysia Ke-94 . Khairul Hafiz melebur rekod yang selama ini milik Tan
 Sri Dr. M Jegathesan yang dicatatkan 20.92s pada Oktober 1968 di Sukan Olimpik
 Mexico. Ia juga mengatasi rekod kejohanan 20.94s milik Kento Terada dari Jepun 
yang dicatatkan pada edisi 1996 di Kangar.


Comments

Popular Posts