Banjir Di Pulau Pinang
Pada 5 November 2017
George Town, Pulau Pinang lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan
rumah di lima daerah di negeri ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat
lebih 15 jam sejak semalam.
Hujan lebat dan angin
kencang sejak 2 petang dan berlarutan sehingga 5 pagi ini juga menyebabkan
ratusan pokok dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.
Hampir keseluruhan
kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter
berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan
bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air
berlaku dengan pantas.
Comments
Post a Comment