Selamat Tingal "Coach Rono"

 Pada 21 Desember 2017 adalah  kenangan terakhirku bersama jurulatihku yang
 ku sayangi iaitu Samuel Kipsang Rono. Beliau telah menandatangani kontrak 
dengan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) selama 2 tahun sejak 2015. Beliau 
adalah jurulatih daripada Kenya yang diberi tanggungjawab untuk melahirkan 
atlet daripada Malaysia untuk membawa pingat emas di Sukan Sea Kuala Lumpur
 2017 dalam acara 800m, 1500m, 3000m lari berhalangan, 5000m dan maraton.
 Beliau adalah jurulatih yang sangat berpengalaman kerana pernah membawa atlet
 Kenya ke sukan Olimpik di Brazil. Hasil daripada didikannya, keseluruhan pingat
 di Sukan Sea 2017 dalam acara jarak jauh adalah 1 perak dan 2 gangsa. Itu adalah 
pencapaian yang harus dibanggakan kerana atlet yang mendapat pingkat di Sukan 
Sea dalam acara jarak jauh baru-baru ini adalah atlet baru pertama kali menyertai 
Sukan Sea. Pada 21 Desember 2017, kontraknya sudah tamat dan harus berhijrah 
pulang ke negaranya. Saya berasa amat sedih kerana akan berpisah dengan jurulatih 
yang sangat penyayang dan mengambil berat kepada atletnya. Mungkin kita akan ketemu kembali selepas "Coach Rono"







Comments

Popular Posts