Dunia Sukanku Olahraga

Assalamualaikum

Saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam sukan olahraga. Saya mula
menceburi dalam bidang sukan berumur 10 tahun di peringkat sekolah rendah
 dimana saya mula berjinak dalam pelbagai sukan di sekolah seperti bola sepak,
 rugby, olahraga dan lain-lain lagi. Selepas saya mendapat slip peperiksaan UPSR,
 ibu saya mendaftarkan saya ke sekolah sukan di Perlis dan saya dipilih ke sekolah
sukan tersebut dengan tiket sukan olahraga. Pada umur 15 tahun saya menjadi olahragawan
 di Majlis Sekolah Sukan Perlis (MSSP) dan melayakkan diri ke Majlis Sekolah Sukan
 Malaysia (MSSM). Pada umur 17 saya mendapat tawaran ke Program Majlis Sukan
 Negara (MSN) di Pulau Pinang. Saya menjadi johan dalam acara 800m di Majlis Sekolah
 Sukan Malaysia (MSSM). Pada umur 18 saya mendapat peluang pergi ke luar negara untuk
berlatih dan kejohanan. Alhamdulillah sehingga sekarang pada berumur 21 saya masih bergiat dalam sukan olahraga dan masih mendapat peluang ke luar negara untuk mewakili Malaysia. Saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya,kawan-kawan dan jurulatih saya yang selalu memberi sokongan kepada saya sampai ke tahap ini. Sekian terima kasih

Comments

Popular Posts