A.Samad Said

Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said atau nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad
Said merupakan seorang sasterawan tanah air yang banyak terlibat dalam bidang penulisan
kreatif. Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunanya membaca karya-karya orang
 lain menjadi titik penentu A.Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang terbaik.
 Beliau berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada
bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja, tetapi juga yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas. Beliau telah mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia.
Antara anugerah yang diterima ialah Anugerah Pejuang Satera pada tahun 1976, SEA Write
 Award pada tahun 1979, Anugerah Sastera Negara  pada tahun 1985 dan Anugerah
Sasterawan Nusantara pada tahun 1999. A. Samad telah menghasilkan sebanyak 221 
buah puisi,hampir semuanya terbit dalam pelbagai media, dan sebahagian besarnya 
terkumpul dalam kumpulan Liar di Api, Daun-daun Berguguran, Benih Harapan, Daun
 Semalu Pucuk Paku, Benih Semalu, Balada Hilang Peta, dan Suara dari Dinding Dewan.



Comments

Popular Posts