Demam Denggi

Assalamualaikum,

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi
 yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk
 aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi
 yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi dan Sindrom Kejutan Denggi. Virus Denggi
 akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari sebelum menunjukkan tanda-tanda
. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan
 gejala tidak khusus. Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit yang bahaya di Malaysia 
dan boleh membawa maut kepada pesakit tersebut andainya lambat membawa pesakit tersebut ke 
hospital. Masyarakat harus mengambil berat tentang demam denggi dan harus bergotong-royong di 
sekitar perumahan agar tidak berlaku wabak denggi. 

Comments

Popular Posts